Rabu, 11 Mac 2015

Roti Sarang Lebah
Roti Sarang Lebah

Bahan doh:
2 cawan tepung roti  - boleh juga guna tepung gandum
1/2 sudu teh dry yis
1/4 sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt - suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower/minyak jagung
1/2 cawan air suam 

Bahan Tabur:
Almond flakes
Sunflower/pumpkin seeds
Butterscotch 

Bahan Sapuan:
Kuning telur
Susu cair
Esen vanila
Sedikit pewarna kuning telur

Cara cara:
1. Larutkan yis dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, satukan garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. 
3. Masukkan campuran yis  dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah menguli doh sehingga tak lekat di tangan. Saya hanya mengulinmenggunakan mixer jer.
INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dulu dulu (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
5. Uli sehingga doh menjadi elastic. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup macam dalam oven atau microwave yang TAK di ON.
Bila doh dah naik, tumbuk tumbukkan supaya keluar anginnya
7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing (dalam 20 gram) dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak. 





8. Buat sehingga habis. Memang doh lembik tapi jangan risau kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak jer. Biarkan doh naik 2X ganda. Lumur bahan sapuan. Pastikan sapuan ini tidak meleleh ke dasar loyang kerana ianya akan membuatkan roti anda melekat dan susah ditanggalkan bila telah masak.
9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementara menunggu doh naik ON kan oven pada suhu 180-200C api atas bawah.




10. Pastikan oven betul betul panas, baru dimasukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
11. Bakar selama 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat cepat tuangkan butterscotch di atasnya. Sedia untuk dihidangkan.





Nota:
1) doh memang lembik. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tangan anda dengan minyak masa nak bahagi bahagi doh kecik kecik.
2) tak payah bulat bulat sangat pun, sekadar lebih kurang sebab nanti ia akan bulat sendiri bila naik.
3) pastikan oven benar benar panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak habis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas kemas




Sos Butterscotch

Bahan bahan:
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair)
Secubit garam 
1/2 sudu kecil vanilla essence
25 gram butter

Cara cara:
Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.

Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati padamkan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

Nota:
Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat..





Ayam Percik
Bahan-bahan
6 ketul ayam
3 sudu besar cili kisar
4 cawan santan pekat
6 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci lengkuas*
4 batang serai*
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar gula tebu/gula melaka
1 asam keping
garam secukupnya

Untuk perapan
4 biji bawang putih
2 inci halia
serbuk kunyit dan garam


Cara-caranya

  • Perap ayam dengan bawang putih dan halia serta serbuk kunyit dan garam dan perap sehingga 2-3 jam di dalam peti sejuk.
  • Kisar bahan bertanda * sehingga lumat dan masukkan ke dalam periuk bersama asam keping dan cili kisar.
  • Masukkan santan dan hidupkan api dan masak dengan api sederhana kecil sehingga mendidih.
  • Masukkan ayam sekejap dan keluarkan semula (1/2 masak).
  • Biarkan kuah tadi masak sehingga pekat.
  • Masukkan ayam 1/2 masak kedalam oven dengan suhu 200 dan balikkan ayam sambil sapu dengan kuah percik tadi sehingga ayam kekuningan.
Untuk maklumat lanjut klik di SINI
Resepi Pertama
Maggi Ketam

Resepi Maggi Ketam



Semenjak megi ketam jadi viral, teringin sangat nak rasa tapi tiap kali pergi restoran megi ketam, asyik ketam nipah jer. Mocik laki bini tak lalu la pulak nak telan ketam nipah. tengok sepit dia pun dah seriau bulu roma. ;)

Finally weekend mocik cuba masak sendiri. Bermodalkan ketam rm16 hengget 2 ekor. Puas hati sebab ketam betina banyak isik! Jimat dr mkn kedai la kot kan?! Sedap pon sodapppp... 

Resepi versi aku bukan chef:
  • tumis bawang putih n bawang merah, agak kekuningan masukkan perencah maggi dan sesudu serbuk kari. Tumis smp pecah minyak. 
  • lepas tu masuk air mengikut sukatan yg diperlukan. Dah gelagak letak cili api 3 biji, serbuk/kiub pati ayam n sesudu cili sos. 
  • kemudian masukkan ketam. Bila ketam masak, angkat ketam. 
  • masukkan megi dan sayuran dan pecahkan telur kalau nak. Tp saya rasa tak pecahkan telur lagi sedap kot.
  • dah siap hidangkan megi dan letak ketam tadi. nak mkn perah limau sikit. holiau! ;)